3 Mac 2022 (Khamis)

Telah berlangsung Majlis Flag Off CSR Relasis Politeknik Kota Bharu Ke Kuala Berang pagi tadi bertempat di Bangunan Blok Pentadbiran, PKB. Majlis penyerahan bendera kepada pasukan RELASIS PKB yang disertai oleh 6 orang Pegawai Bersekutu dan 21 pelajar disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan pegawai- pegawai kanan Politeknik Kota Bharu. Program ini yang akan membantu dalam gotong royong pasca banjir di Kuala Berang, Terengganu akan berada di sana daripada 3 hingga 5 Mac 2022.