29 Ogos 2022 : Telah berlangsung sesi Perbincangan Kesetaraan Kursus Program DPT Politeknik Kota Bharu dengan Program BKPB Universiti Putra Malaysia di Bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu. Mengetuai kumpulan daripada UPM, Prof. Madya Ir Norhashila binti Hashim, Ketua Jabatan Kejuruteraan Biologi Dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan UPM. Turut hadir bersama Dr. Nurul Huda Binti Ramli Penyelaras Akademik I dan Dr. Mahirah Binti Jahari Penyelaras Akademik II daripada Jabatan Kejuruteraan Biologi Dan Pertanian, UPM.