9 September 2022, Kota Bharu : Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke – 35 meraikan 1449 graduan yang berlangsung pada 9 hingga 10 September 2022 bertempat di Dewan Besar, Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu.
Majlis yang berlangsung 2 hari iaitu Sidang 1 bagi Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik manakala Sidang 2 bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan.
Majlis Konvokesyen PKB bagi tahun ini pertama kali diadakan secara bersemuka selepas fasa pandemik dihadiri lebih daripada 2000 orang pelajar bersama ahli keluarga bagi 2 hari tersebut. Ini menunjukan keterujaan para pelajar dan juga ahli keluarga meraikan hari yang paling bermakna dalam hidup mereka.
Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK) berkata politeknik berupaya sebagai pusat pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang terus kekal relevan dalam memainkan peranan penting bagi melahirkan tenaga kerja ke arah negara maju berpendapatan dan berteknologi tinggi.
Komitmen serta kolaborasi dari pihak-pihak tertentu juga dapat membantu hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global terutamanya dalam pengajian berteraskan TVET. Keunikan politeknik terserlah dengan kombinasi tenaganya termasuklah pengajar dan pelajarnya di dalam menggiatkan usaha, idea dan tenaga, bersama komuniti dan industri bagi menjayakan pelbagai program yang dirancang demi merancakkan pembangunan komuniti setempat, negara, mahupun serata global.
Beliau yang juga hadir pada majlis ini bagi menyempurnakan perasmian Majlis Konvokesyen PKB pada sidang pertama pada hari ini.
Majlis konvokesyen tahun ini turut memberikan penghargaan dan anugerah kepada graduan terbaik dan memberikan komitmen yang tinggi melalui Anugerah Pengarah, Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum. Selain daripada itu Anugerah Hijau MSAE yang ditaja oleh Malaysian Society of Agricultural & Food Engineers (MSAE) diberikan kepada graduan yang terpilih.