15 Januari 2023 , Politeknik Kota Bharu- Telah berlangsungnya Kursus Interpretasi Kurikulum bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Kursus ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada sturuktur program, maklumat kursus serta pemahaman cara pengiraan SLT bagi pensyarah elektrik yang terlibat .
Kursus ini telah diadakan selama satu hari bertempat di Bilik Al Jazari, Politeknik Kota Bharu. Kursus Interpretasi Kurikulum JKE ini telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan JKE iaitu Puan Nor’ Aziah binti Abdullah. Dengan adanya kursus ini sudah pasti akan memberi pemahaman yang lebih baik berkaitan struktur program JKE bagi pensyarah yang terlibat .