Batu Caves, 20 Mac 2023 - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menganjurkan Program Literasi Kewangan dan Pengumuman Malaysia π˜‰π˜°π˜°π˜¬ 𝘰𝘧 π˜™π˜¦π˜€π˜°π˜³π˜₯𝘴 (MBOR) bersempena dengan 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘒𝘭 π˜”π˜°π˜―π˜¦π˜Ί 𝘞𝘦𝘦𝘬 2023 yang disambut mulai hari ini sehingga 26 Mac 2023 di seluruh dunia dengan tema π˜—π˜­π˜’π˜― 𝘠𝘰𝘢𝘳 π˜”π˜°π˜―π˜¦π˜Ί, π˜—π˜­π˜’π˜―π˜΅ 𝘠𝘰𝘢𝘳 𝘍𝘢𝘡𝘢𝘳𝘦.
Sebanyak 36 politeknik dan 105 kolej komuniti yang terdiri daripada pelajar dan staf telah menyertai program ini secara serentak sekaligus berjaya melakar sejarah mencatatkan seramai 38,847 penyertaan seterusnya mengesahkan pencapaian ini untuk direkod di dalam Malaysia π˜‰π˜°π˜°π˜¬ 𝘰𝘧 π˜™π˜¦π˜€π˜°π˜³π˜₯𝘴 (MBOR). Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya dalam konteks pemerkasaan pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar Insitutusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Pengumuman Malaysia π˜‰π˜°π˜°π˜¬ 𝘰𝘧 π˜™π˜¦π˜€π˜°π˜³π˜₯𝘴 ini telah dibuat ketika Majlis Penutup Program Literasi Kewangan 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘒𝘭 π˜”π˜°π˜―π˜¦π˜Ί 𝘞𝘦𝘦𝘬 dan Pengumuman Malaysia π˜‰π˜°π˜°π˜¬ 𝘰𝘧 π˜™π˜¦π˜€π˜°π˜³π˜₯𝘴 yang disempurnakan oleh YBrs. Ts. Zainab binti Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK di Kolej Komuniti Selayang, disini.
Turut hadir pada majlis penutup ini ialah YBrs. Encik Azaddin bin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti serta Pegawai-pegawai Kanan AKPK.
Β 
Β