25 Jun 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan bagi bulan April dan Mei pada jam 10 pagi tadi. Perhimpunan pada kali ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam yang bertempat di Dewan Al – Ghazali, PKB. YBrs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah menyempurnakan perhimpunan bulanan ini dengan menyampaikan amanat beliau. Diselitkan bersama taklimat Sistem iCheckin@PKB oleh Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik. Turut hadir bersama YBrs. En. Che Anuzi Bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit serta warga Politeknik Kota Bharu. Turut diadakan sesi penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan bagi staf akademik dan sokongan akademik serta Anugerah Penasihat Akademik Terbaik bagi bulan April dan Mei 2023.