24 Jun 2023 : Telah berlangsungnya Kursus Lencana Kepimpinan Manik Kayu Peringkat Pengenalan & Peringkat 1 Pada 24 hingga 27 Jun 2023 Di Kem Kijang Kelantan. Seramai 10 Krew Dan 1 Pemimpin Kelana KLKM dari Politeknik Kota Bharu yang terlibat. Kesemua 10 Krew dan 1 Pemimpin Kelana KLKM Politeknik Kota Bharu telah menamatkan Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat Pengenalan & Peringkat 1 pada kali ini dengan penuh semangat dan jayanya selama 4 hari 3 malam.
 
Kursus ini adalah dianjurkan oleh Majlis Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan dan Dirasmikan oleh Encik Sheriin Bin Shamsudin yang merupakan Pesuruhjaya Latihan Dan Sumber Dewasa Pengakap Negeri Kelantan. Turut bersama adalah Encik Mohd Zaidi Bin Mohamed Nawi selaku Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Unit Pengakap Pendidikan Khas serta Puan Warah Binti Husain selaku Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri (Sumber Dewasa) merangkap Pengarah Kursus. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Para Pembimbing yang hebat, penyampai sidang yang arif, pihak mengurusan Kem Kijang yang cekap, unit media, peserta kursus kepimpinan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tahniah & Syabas Semua.