28 Julai 2023, NILAI: YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi di Politeknik Nilai, hari ini rakam momen bersama-bersama atlet PolyCC Kelantan Terengganu yang merupakan juara keseluruhan bagi karnival sukan tahun ini. Turut hadir bersama YBrs. Gs. Sr Haji Mohd Fikri Bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu selaku Pengerusi PolyCC Kelantan Terengganu, Pengarah – Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti.
Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua atlet PolyCC Zon Kelantan Terengganu atas kemenangan sebagai Juara keseluruhan bagi MYPOLYCC Sport Carnival 2023.
Tahniah juga kepada semua atlet daripada Politeknik Kota Bharu atas kejayaan ini.