3 Oktober 2023, Selangor : Pasukan Catur Politeknik Kota Bharu menyerlahkan bakat dan menunjukkan kejayaan yang membanggakan dalam Polytechnic Malaysia Open Chess Tournament 2023 (PMOCT 2023) dengan kejayaan tertinggi mendapat kedudukan Naib Johan bagi Terbaik Pasukan POLYCC yang telah berlangsung pada 2 Oktober 2023 bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.
Politeknik Kota Bharu telah menghantar seramai 10 orang pencatur terbaik dari kalangan pelajar PKB yang diketuai oleh Encik Azmi bin Mat Rais selaku Pengurus Pasukan PKB.
PKB telah mendapat kejayaan yang sangat membanggakan dalam Kategori POLYCC.
Ke-2 Terbaik Berpasukan POLYCC
Ke-3 Terbaik Lelaki POLYCC
Ke-4 Terbaik Lelaki POLYCC
Ke-7 Terbaik Lelaki POLYCC
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjuang mengharumkan nama Politeknik Kota Bharu pada kejohanan tersebut.