12 Oktober 2023, Politeknik kota Bharu : Telah berlangsung sesi kedua pembentangan kertas penyelidikan pada pagi tadi dan Majlis Perasmian Penutup 2ND International TVET dan Entrepreneurship Conference yang disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada hari ini. Majlis penutup telah diadakan secara hibrid iaitu bersemuka dan juga secara atas talian.
Dr. Haji Mohd Zahari Ismail berucap, pada masa ini, terdapat lebih 1,000 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia yang terdiri daripada Politeknik, kolej Komuniti, institut Latihan, dan institusi pengajian tinggi lain. Institusi TVET ini memberi tumpuan kepada pendidikan teknikal dan vokasional untuk menyediakan kemahiran bagi pekerjaan dalam industri. Namun begitu, disebabkan krisis ekonomi yang kita hadapi hari ini, graduan TVET menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai yang memenuhi jangkaan mereka. Inilah masanya kita perlu mengintegrasikan TVET dan keusahawanan kerana dengan memupuk keusahawanan, program TVET boleh memperkasakan pelajar untuk mencipta perniagaan mereka sendiri, membawa kepada penciptaan pekerjaan bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk orang lain dalam komuniti mereka.
Menurutnya lagi, untuk menyepadukan TVET dan keusahawanan secara berkesan untuk pembangunan mampan, penggubal dasar, institusi pendidikan dan pihak berkepentingan industri harus bekerjasama untuk merekabentuk kurikulum yang relevan dan dinamik, menyediakan rangkaian bimbingan dan sokongan untuk bakal usahawan yang boleh menyumbang secara signifikan kepada kelestarian ekonomi, sosial dan alam sekitar di peringkat tempatan dan skala global.
Sebanyak 110 kertas kerja yang meliputi pelbagai disiplin seperti bidang Kejuruteraan, E- pembelajaran, Pendidikan Vokasional, Sains Sosial, Usahawan, Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat, Pembelajaran Sepanjang Hayat serta Perniagaan & Pengurusan. 2 kertas penyelidikan daripada kategori TVET dan Keusahawanan akan dipilih dan diumumkan sebagai 4 kertas pentelidikan terbaik secara keseluruhan di akhir persidangan.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutup, Gs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk di Malaysia berkata untuk melaksanakan konsep "TVET and Entrepreneurship for Sustainable Development" dengan berkesan, sistem pendidikan perlu bekerjasama dengan industri, badan kerajaan dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mereka bentuk kurikulum yang sejajar dengan keperluan pasaran semasa dan memupuk pemikiran keusahawanan. Penyepaduan ini boleh menyumbang kepada membina tenaga kerja mahir, mencipta pekerjaan, memacu pertumbuhan ekonomi, dan akhirnya mencapai matlamat pembangunan mampan.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutup delegasi daripada Politeknik Medan yang diketuai oleh Abdul Rahman, En. Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah bin Raja Hussin, Pengurus Pusat Penyelidikan dan Inovasi, PKB, Sekretariat Urusetia dan pegawai – pegawai kanan PKB.