07 Julai 2015 - Tanggal 1 Julai 2015 Encik Azmi bin Mamat telah memilih untuk bersara pilihan. Encik Azmi mula berkhidmat di PKB sebagai Pegawai Perhubungan Awam pada 01/11/2011 hingga 30/06/2015. Warga PKB mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang telah tuan berikan kepada PKB selama berkhimat di sini. Jasa-jasa tuan yang dicurahkan di PKB akan kami kenang selamanya. Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Azmi.