11 Mac 2024, Politeknik Kota Bharu: Telah berlangsung Kursus Tips And Tricks Using Ms Word anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) yang bertempat di Makmal Komputer GCL 2, Politeknik Kota Bharu. Kursus ini telah disertai oleh 40 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian, Kota Bharu serta diiringi oleh empat (4) orang guru pengiring. Kursus ini telah disampaikan oleh En Khairul Anuar Bin Abdullah, Pensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, PKB. Semoga kursus ini dapat membantu para pelajar dalam meningkatkan pengetahuan serta kemahiran di dalam penggunaan Ms Word.