Ketereh, 24 March 2024, 13 Ramadan 1445H - Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Tuan Haji Mohd Fikri Bin Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam,Tuan Haji Mohd Azman Bin Ghazali.
Antara lain tujuan kunjungan hormat ini ialah sebagai suaikenal antara dua agensi disamping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak.
 
Selain daripada itu turut dibincang juga isu-isu berkaitan kemudahan infrastruktur, kemudahan lampu jalan, landskap di bahu jalan, penurapan semula jalan serta pembinaan gerai jualan di hadapan Politeknik. Antara Pegawai PKB yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Akademik), Ir. Tuan Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah(Sokongan Akademik), Che Anuzi Bin Yusoff, Ketua unit Komunikasi Korporat, Encik Azmee Bin Mohamed Noor dan Pegawai Eksekutif Tinggi, Puan Norazminizah Binti Abdul Azmi.