Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Kota Bharu(PKB) akan menerbitkan Digest@JMSK Bil 13/2024 seperti butiran berikut:
 
         Tarikh  Hebahan                                        : 04/01/2024
         Tarikh akhir penerimaan artikel penuh          : 21/03/2024
         Tarikh akhir pembayaran                             : 28/03/2024
         Tarikh penerbitan dan edaran                      : Jun 2024
 
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan dapat memanjangkan maklumat ini kepada institusi/ Jabatan/ Unit bagi menggalakkan penyertaan warga institusi sebagai penulis kertas kerja dalam makalah ini. Diharap makalah ini akan menjadi pemangkin dalam meningkat aktiviti penyelidikan dan inovasi pendidik.
 
Segala perhatian dan sokongan pihak tuan/puan amat kami hargai. Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi  urusetia Digest@JMSK iaitu: En. Saupi bin Mohamad Noor(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)/ 09-7889126 ext 278 dan Pn. Hasanah bt Safein @ Shafie (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 09-7889126 ext 214.
 
Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang portal https://digestjmskpkb.com dan emailkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.