Panduan Pengguna Emel MyGovUC 3.0
- Butiran
- Jumlah paparan: 30745
Cara-cara untuk Login ke Emel MyGovUC 3.0
1. Sila klik pautan ini untuk login emel Emel Google Work Space (GWS) --> https://www.mygovuc.gov.my/ --> klik LOG MASUK
Login ID = Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Password = ********
2. Manual Emel ( Klik Link Di sini)
3. Panduan Backup Email MYGOVUC (Klik Di sini)
Pendaftaran E-mel Baharu
Pendaftaran Akaun E-mel Baharu
Setiap warga Politeknik Kota Bharu (PKB) berhak mendapat satu akaun e-mel rasmi yang didaftarkan menggunakan alamat *@pkb.edu.my.
E-mel ini merupakan medium komunikasi rasmi jabatan dan semua pengguna mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan kemudahan ini dengan betul, cekap, berkesan dan beretika di sepanjang masa, tempat dan keadaan.
Setiap warga adalah bertanggungjawab kepada e-mel masing-masing dan perlu mematuhi etika seperti yang dinyatakan dalam pekeliling berikut:
1. PKPA Bilangan 1 Tahun 2003 - Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan.
2. Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 2017 - Pengurusan Perkhidmatan Komunikasi Bersepadu Kerajaan (Government Unified Communication (1GovUC)) .Walau bagaimanapun, berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 2017 (PTPA Bil 3/2017) di bawah Klausa 15 berkaitan ‘Penamatan Akaun Pengguna’ menyatakan bahawa penamatan akaun pengguna hendaklah dilaksanakan sekiranya akaun e-mel pengguna didapati tidak aktif melebihi 90 hari.
Sehubungan itu, warga PKB adalah diwajibkan untuk kekal aktif menggunakan e- mel rasmi bagi mengelakkan akaun e-mel ditamatkan.
Untuk pendaftaran akaun emel rasmi PKB boleh hubungi BKP @ USTM, PKB .