KOK LANAS 26 JUN – YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu dan YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik mengalu-alukan kedatangan YBrs. Dr. Suhaily binti Abdullah, Timbalan Pengarah Governan & Strategik Politeknik Jeli Kelantan dan ahli-ahli rombongan ke PKB pada hari ini bagi menjayakan lawatan untuk berbincang berkenaan pengurusan dan keberkesanan urus tadbir Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK) PKB.
Pada masa yang sama telah diadakan lawatan penanda aras di Galeri PKB, Perpustakaan dan pejabat Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat.
Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK) diwujudkan pada Julai 2019 di Politeknik Kota Bharu (PKB) selaras penstrukturan semula Unit Komunikasi Dan Hubungan Korporat (UKK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi merancang dan mengurus imej jabatan dan melaksanakan promosi melalui strategi perhubungan awam yang teratur, mengurus aktiviti promosi dan publisiti program pengajian di jabatan dan institusi.
Media dan publisiti amat penting bagi mempromosi dan menaikkan nama dan jenama Politeknik dan Kolej Komuniti. Kegiatan dan aktiviti yang berlaku di Institusi memerlukan publisiti yang meluas agar diketahui umum.
Kejayaan sesuatu program diukur melalui publisiti yang disalurkan kepada media. Publisiti melalui media menjadi agen dalam menghebahkan sesuatu majlis samaada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.