𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟓 𝐉𝐮𝐧 - Politeknik Kota Bharu (PKB) memenangi anugerah koperasi IPT terbaik pada Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Aeon Mall, Kota Bharu.
Pada majlis tersebut, Pengarah PKB YBrs. Tn. Haji Rosli bin Idris mewakili Koperasi Politeknik Kota Bharu Berhad menerima replika cek yang bernilai RM 2,000 dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB. Datuk Muslimin b. Yahaya.
Pengurusan Politeknik Kota Bharu turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengurusan Koperasi Politeknik Kota Bharu Berhad yang berjaya dalam anugerah tersebut.