25 Julai 2022 - Telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 bagi Zon Kelantan dan Terengganu, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri SR Haji MD Alwi bin Che Ahmad, Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bertempat di Dewan Al – Ghazali, Politeknik Kota Bharu.
Turut hadir bersama YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik serta YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta Pengarah - Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti bagi Negeri Kelantan dan Terengganu.