25 Ogos 2022 : Kunjungan hormat ke atas YBrs. Puan Hjh. Norbahani Binti Zakaria, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Kota Bharu bertempat di Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Lundang, Kota Bharu. Turut hadir bersama Tuan Hj. Zuhairy Bin Zahari, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Puan Julia Binti Jamaluddin, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian (DPT) serta Puan Nadiya Haneem Binti Zaminudin, Ketua Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat.
Melalui pertemuan ini telah diadakan beberapa perbincangan dan antaranya adalah perbincangan kesinambungan jalinan kerjasama antara kedua – dua agensi dan beberapa program yang boleh diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam bidang pertanian.