23 Ogos 2022 : YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu menyantuni beberapa orang pelajar di Kafetaria Harmoni, PKB dalam sesi pemantauan bagi Program Food Basket Siswa Keluarga Malaysia yang telah bermula pada 18 Ogos 2022. Turut hadir bersama YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
Prihatin dengan isu kenaikan harga barang yang memberi impak kepada pelajar terutamanya bagi keperluan makanan harian, Politeknik Kota Bharu melancarkan bantuan melalui Program Food Basket Politeknik Kota Bharu yang mana program ini adalah salah satu daripada Menu Keluarga Malaysia di bawah inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia yang dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 5 julai 2022.