14 APRIL 2025, POLITEKNIK KOTA BHARU : Seminar Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Keusahawanan Digital ini dianjurkan bersasarkan pelajar yang mendaftar kursus Digital Entrepreneurship Kod Baharu (DPB40153), Digital Entrepreneurship Kod Lama (DPU30013) dan Entrepreneurship (MPU22012) dengan melibatkan penyertaan seramai 246 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Jabatan Kejurueteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Perdagangan dari Politeknik Kota Bharu.
 
Pelaksanaan program ini bertujuan memperkenalkan konsep asas berkaitan aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang keusahawanan digital. Seminar ini juga membincangkan bagaimana teknologi Kecerdasan Buatan (AI) boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dan inovasi dalam perniagaan digital dan memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap peluang baharu yang dapat diwujudkan melalui penerapan teknologi ini dalam mempelajari kaedah yang lebih praktikal terhadap pengaplikasian Kecerdasan Buatan (AI) dalam perniagaan yang dapat meningkatkan kecekapan operasi perniagaan dan mencapai tahap produktiviti yang lebih tinggi dan berkesan.
 
Program seminar ini telah dilaksanakan di Dewan Al-Ghazali, Politeknik Kota Bharu dan telah disampaikan oleh penceramah jemputan industri iaitu Pengurus Syarikat Awan Dhuha Solutions, En. Wan Mohd Azizul Solehin bin W Mohd Yusoff serta dibantu bersama oleh 2 orang fasilitator jemputan bermula daripada jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang.