13 April 2025, Kok Lanas - YBrs. Pengarah Politeknik Kota Bharu Dr. Hj Mohd Daud Isa, menzahirkan ucapan tahniah buat Saudari Shirlene Ann A/P Iruthayaraj pelajar semester 2 Diploma Insurans daripada Jabatan Perdagangan atas kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai dalam sukan dan juga akademik.
 
Atlet ini merupakan anak bongsu dari 3 adik beradik dan berasal dari Perak telah memenangi beberapa kejayaan.Antara pencapaian tersebut adalah:
*1st save PERAK LEGENDS OPEN KARATE. CHAMPIONSHIP 2024 (GOLD).
*23RD OPEN KARATE CHAMPIONSHIP 2024(SILVER).
*SUKIPT 2024 (SILVER).
*31ST MAKAF 2023 (BRONZE).
 
Pada temasya SUKMA 2024 yang berlangsung di Sarawak September lalu, beliau telah mewakili pasukan Perak. Kini giat menjalani latihan bersama pasukan Karate-Do Kelantan dan juga Pasukan Karate -Do Politeknik Malaysia. Beliau kini merupakan aset penting buat Politeknik Kota Bharu kerana telah mengharumkan nama PKB di pentas kebangsaan dalam arena sukan Karate-Do.
 
Manakala dalam bidang akademik pula, beliau masih mengekalkan pencapaian HPNM 3.80 dan berhasrat untuk menyambung pengajian keperingkat Ijazah.
 
Tuan Pengarah juga menitipkan kata-kata perangsang agar Shirlene Ann dapat mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Turut hadir menyaksikan majlis santuni atlit ini ialah Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Ts. Tuan Haji Sazami bin Shafi'i.