20 April 2025- Majlis Sambutan Aidilfitri Politeknik Kota Bharu (PKB) 2025 berlangsung penuh warna-warni di Dewan Jubli Perak. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan acara penyerahan dokumen dan sijil projek ICT kepada 9 politeknik dan 16 kolej komuniti, serta peluncuran Reskilling & Upskilling Centre (RUC) PKB yang menawarkan latihan di bawah 7 kluster utama: CNC, Mekanikal Pertanian, Building Information Modeling (BIM), IBS, Electrical Power, Artificial Intelligence (AI) dan Perakaunan.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, menyerlahkan lagi kehangatan dan signifikan majlis ini.
Turut diadakan, Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi bagi meraikan jasa Technologist Haji Kamaluddin bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) POLYCC, yang telah berbakti lebih tiga dekad dalam sistem pendidikan politeknik.
Hadir bersama Yang Berusaha Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Yang Berusaha Dr. Norhayati binti Ibrahim
Pengarah Bahagian TVET, Memangku jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Pengarah-Pengarah Bahagian JPPKK, Pengarah-Pengarah POLYCC, Barisan Pengurusan dan warga PKB.
Majlis ini bukan sahaja sebagai platfom mengeratkan ukhwah tetapi juga memperkukuhkan inisiatif pembangunan TVET serta mencerminkan usaha berterusan dalam memperkasakan inovasi digital.