16 April 2025 - Pertandingan PKB Skills 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang. Sebanyak 13 bidang kemahiran telah dipertandingkan, menampilkan bakat-bakat hebat dari kalangan pelajar yang bersedia untuk melangkah ke peringkat PolyCCSkills yang akan berlangsung pada bulan September nanti.
 
Majlis penutup diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kota Bharu, serta barisan kepimpinan tertinggi PKB, iaitu Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod (Timbalan Pengarah Akademik) dan En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik).
 
Terima kasih diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini. Semoga segala usaha dan komitmen ini menjadi pemangkin kejayaan pelajar PKB di peringkat lebih tinggi.