Bil |
Nama Jabatan |
Nama Kursus |
1. |
Jabatan Kejuruteraan Awam |
Diploma Kejuruteraan Awam
Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam di samping memberi penekanan khusus kepada aspek-aspek kaji air, lebuhraya dan pembinaan. Pelajar perlu menghadiri kuliah teori dan melakukan kerja praktikal di dalam makmal. Program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Rekabentuk Struktur, Hidraulik dan Hidrologi, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Geoteknik, Aturcara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan.
|
Diploma Ukur Bahan
Kursus ini bertujuan melatih pelajar dalam penyediaan maklumat dan anggaran kos, nasihat kewangan dan pengurusan projek-projek pembinaan. Pelajar juga dilatih untuk menasihati klien dalam masalah kewangan yang melibatkan perancangan, pembinaan, pengurusan dan penyenggaraan bangunan. Di antara matapelajarannya ialah Ukur Kerja Bangunan, Ukur Kerja Kejuruteraan Awam, Bahan dan Binaan, Ekonomi Binaan, Undang-Undang Bangunan, Kajian Kos dan Pengurusan Projek Pembinaan.
|
|
2. |
Jabatan Kejuruteraan Elektrik |
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (Muatturun)
Program ini merupakan satu cabang kejuruteraan yang berkaitan dengan aplikasi praktikal bagi merekabentuk, fabrikasi dan operasi litar elektronik komunikasi serta menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji, membaiki dan menentukur pengalatan elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini mengandungi kursus Asas Elektrik dan Elektronik, Pemasangan Elektrik, Sistem Digital, Litar Elektronik, Telekomunikasi, Pengalatan & Kawalan dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan kursus pengkhususan dalam bidang komunikasi seperti Telefoni, Komunikasi Gentian Optik, Peranti Gelombangmikro, Komunikasi Tanpa Wayar dan Komunikasi Data. Kursus-kursus elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang komunikasi elektronik.
|
Diploma Kejuruteraan Elektrik (Muatturun)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengguna, menguji, menyenggara dan membaik pulih mesin elektrik dan peranti elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini merangkumi kursus Elektronik Kuasa, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik, Pengalatan Elektronik, Kawalan Motor, Bekalan Kuasa Elektrik & Kawalan dan Keselamatan Industri. Program ini juga menawarkan kursus-kursus pengkhususan dalam bidang Elektrik seperti Pengalatan Elektronik, Senggaraan Kejuruteraan, Kawalan Motor A.T, Sistem Perlindungan, Bekalan Kuasa Industri, Kawalan Motor A.U dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dan Juruteknik Elektrik dalam bidang industri pembuatan elektronik, penjanaan elektrik serta industri perkhidmatan elektrik
|
Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Muatturun)
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji, membaiki dan menentukur pengalatan elektronik. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Kursus ini mengandungi modul Asas Elektrik dan Elektronik, Pemasangan Elektrik, Sistem Digital, Litar Elektronik, Telekomunikasi, Pengalatan & Kawalan dan Keselamatan Industri. Kursus ini juga menawarkan modul pengkhususan dalam bidang Elektronik seperti Penyenggaraan & Baikpulih Alat Elektronik, Sistem Audio Visual, Sistem Mikropemproses & Pengawal Mikro, Sistem Komunikasi, Sistem Kawalan Automatik, Komunikasi Data dan Projek. Modul-modul elektif juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Teknik dalam bidang pembuatan elektronik, penjanaan elektrik dan kawalan elekronik. Lulusan ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.
|
|
3. |
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
PEO
(Muatturun)
|
Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Automotif)
Diploma Kejuruteraan Mekanical (Automotif), Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang dibangunkan merangkumi pelbagai disiplin meliputi kejuruteraan mekanikal dengan penekanan dengan kursus-kursus bidang kejuruteraan mekanikal dan automotif. Kursus teras yang diikuti adalah Mekanik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Worksyop, Lukisan Berbantu Komputer, Termodinamik, Makmal Kejuruteraan, Mekanik Bendalir, Pneumatik & Hidraulik, Projek, Teknologi Bahan dan Rekabentuk Kejuruteraan. Kursus-kursus dalam bidang termasuk Elektrik dan Elektronik Automotif, Dinamik Kenderaan, Pengurusan Pusat Servis, Makmal Autotronik, Amalan Bengkel Automotif dan Teknologi Automotif. Kursus am bagi program ini adalah Matematik Kejuruteraan, Aplikasi Komputer, Sains Kejuruteraan, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Keusahawanan. Kursus wajib ditawarkan adalah English for Professional Communication, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Ko-Kurrikulum dan Soft Skill akan
|
Diploma Kejuruteraan Mekatronik
Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang dibangunkan merangkumi pelbagai disiplin meliputi kejuruteraan mekanikal dengan penekanan kursus-kursus bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus teras ditawarkan termasuk Lukisan Kejuruteraan, Amalan Worksyop Mekatronik, Technologi Elektrik, Lukisan Berbantu Komputer, Termodinamik, Makmal Kejuruteraan, Mekanik Bendalir, Kajidaya Bahan, Pneumatik & Hidraulik, Projek, Teknologi Bahan, Mekanisasi Penghantaran Kuasa, Kawalan Motor, Mikro Pemproses, Sistem Digital, Pengawal Logik Boleh Aturcara (PLC) dan Automasi Industri. Graduan juga perlu mengambil satu kursus elektif dengan jumlah minimum kredit 4 bagi setiap semester 5 dan 6. Kursus elektif adalah Kejuruteraan Mekatronik, CADCAM, Kawalan Kualiti dan Pengurusan Industri. Kursus om bagi program ini adalah Matematik Kejuruteraan, Aplikasi Komputer, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Keusahawanan.
|
Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Pertanian)
Diploma Kejuruteraan (Pertanian) yang dibangunkan merangkumi pelbagai disiplin meliputi kejuruteraan mekanikal dengan memberi pengkhususan dalam bidang pertanian. Pengetahuan dalam bidang kejuruteraan mekanikal seperti kursus-kursus Aplikasi Komputer, Lukisan Kejuruteraan, Rekabentuk Berbantu Komputer, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan Bengkel Mekanikal menyediakan graduan yang berkebolehan di samping mengutamakan pengkhususan bidang pertanian. Pengkhususan bidang melibatkan kursus-kursus seperti Teknologi Pengeluaran Pertanian, Mekanisasi Pertanian, Pengurusan Mekanisasi Pertanian, Kejuruteraan Tanah, Kejuruteraan Air, Kejuruteraan Pemprosesan Pertanian dan Struktur Ladang. Biosistem dan Pengurusan Sisa, Automasi Pertanian dan Robotik juga ditawarkan sebagai nilai tambah pengetahuan dan kemahiran untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran kerjaya sebenar.
|
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang dibangunkan merangkumi pelbagai disiplin meliputi kejuruteraan mekanikal dengan penekanan kursus-kursus bidang Kejuruteraan Mekanikal. Kursus teras yang diikuti adalah Mekanik Kejuruteraan, Teknologi Elektrik, Lukisan Kejuruteraan, Amalan Bengkel Kejuruteraan, Teknologi Worksyop, Lukisan Berbantu Komputer, Termodinamik, Makmal Kejuruteraan, Mekanik Bendalir, Kajidaya Bahan, Pneumatik & Hidraulik, Projek, Pengurusan Penyenggaraan, Teknologi Bahan, Kajidaya Mesin, Rekabentuk Kejuruteraan dan Komponen dan Penyenggaraan Mekanikal. Kursus-kursus elektif adalah Automasi Industri, CADCAM, Kawalan Kualiti, Pengurusan Perindustrian dan Instrumentasi & Kawalan. Kursus am bagi program ini termasuk Matematik Kejuruteraan, Aplikasi Komputer, Sains Kejuruteraan, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Keusahawanan. Kursus wajib ditawarkan adalah English for Professional Communication, Pengajian Islam.
|
|
|
4. |
Jabatan Perdagangan |
Diploma Akauntansi
Program tiga tahun Diploma Akauntansi menyediakan latihan teori dan praktikal dalam bidang perakaunan bagi membolehkan pelajar memasuki komuniti perniagaan serta dapat berfungsi dengan cekap dan lancar menggunakan sistem manual dan komputer. Kursus ini mencakupi semua bidang perakaunan seperti kewangan, pengkosan, pengurusan, percukaian dan pengauditan. Selain bidang perakaunan, pelajar juga mempelajari bidang lain yang berkaitan dengan undang-undang syarikat, undang-undang perdagangan, pengurusan perniagaan dan ekonomi yang dibentuk untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran pengurusan bagi membolehkan mereka meningkat ke jawatan penyeliaan. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu (1) semester bagi memperolehi pengalaman kerja dalam persekitaran perniagaan dan perakaunan
|
Diploma Pemasaran
Program ini bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengiklanan, pengurusan jualan, promosi jualan, analisis pemasaran, membuat keputusan, perancangan dan pengawalan, peruncitan, penyelidikan pemasaran serta prosedur import dan eksport. Bagi menjamin kemahiran yang seimbang, bidang pengajian yang lain juga dibekalkan seperti perakaunan, ekonomi, undang-undang komersan, statistik dan komputer perniagaan. Semua pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat.
|
Diploma Pengajian Perniagaan
Program tiga tahun Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan perdagangan yang komprehensif melalui latihan teori dan praktikal bagi membolehkan pelajar memasuki komuniti perniagaan. Tumpuan utama program ini adalah untuk memberi pengetahuan asas berhubung bidang pengurusan perniagaan, etika perniagaan, pengurusan sumber manusia, kelakuan organisasi, pelaburan, kewangan, perbankan, projek perniagaan dan pengeluaran. Seterusnya bagi menjamin kemahiran dan pengetahuan yang seimbang, bidang pengajian yang lain juga dibekalkan seperti perakaunan, pemasaran, ekonomi, undang-undang komersan, insuran, statistic, softskill , aplikasi komputer dan database applications. Semua pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri selama 6 bulan di semester empat.
|
|