20 Ogos 2022 : PKB Berjaya meraih tempat Naib Johan dalam Kejohanan Bola Tampar Piala Belia Negeri Kelantan bagi tahun ini. Kejohanan ini telah berlangsung pada 19 – 20 Ogos 2022 di Dewan Majlis Sukan Negeri Kelantan yang disertai oleh 14 pasukan yang lain. Pasukan Bola Tampar PKB telah bergabung bersama pelajar Sekolah Menengah Tok Uban dan pelajar Sekolah Menengah Agama Lati kerana syarat kejohanan setiap pasukan perlu disertai pemain bawah 21thn dan 2 org pemain bawah 16thn pada setiap perlawanan.