15 September 2022 : YBhg. Datuk Dr. Budiman bin Mohd Zohdi, Setiausaha Politik Menteri Komunikasi dan Miltimedia, KKOMM merasmikan dan menjayakan sesi pelepasan peserta Kayuhan Jelajah Merdeka ke - 65 sempena ‘POLYCC Zon Kelantan Terengganu @Jelajah Merdeka 2022’ yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu. Program ini telah disertai oleh 150 orang peserta daripada Politeknik dan Komuniti Kelantan dan Terengganu. Turut hadir YBrs. Haji Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, Pengarah - Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Kelantan dan Terengganu serta Ketua – Ketua Jabatan dan Unit Politeknik Kota Bharu.
Dalam program yang sama telah berlangsung beberapa acara lain seperti CSR Komuniti, Derma Darah Perdana dan jualan gerai – gerai oleh Usahawan PKB.
Program ini dijayakan dengan kerjasama :
Persatuan Alumni PKB
Jabatan penerangan Negeri Kelantan
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Angkatan Pertahanan Awam Machang
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Hospital Raja Perempuan Zainab II
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Bank Muamalat