AMBANG HARI SUKAN NEGARA 2022 : KEM MINI SURVIVAL DAN KHIDMAT BAKTI RELA (KBR) RELASIS PKB 2022
05 Oktober 2022 Rabu- Bersempena dengan Hari Sukan Negara (HSN) tahun ini yang bertemakan "Keluarga Malaysia Aktif", RELASIS Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan satu program yang berkonsepkan mini survival dan kemasyarakatan serta kekeluargaan di Pantai Senok, Bachok, Kelantan. Program ini melibatkan 66 orang pelajar RELASIS PKB di mana 24 orang pelajar semester 1 dan 20 orang pelajar semester 2 RELASIS PKB sebagai peserta program, manakala dikendalikan oleh 17 pelajar semester 3 dan 5 orang pelajar semester 4 RELASIS PKB sebagai AJK dan fasilitator kepada 10 kumpulan PESERTA program serta dikawal selia oleh Pentadbiran RELASIS PKB dan Pensyarah RELASIS PKB. Pelbagai aktiviti survival telah dijalankan untuk menguji ketahanan jati diri dan fizikal setiap peserta seperti memasak secara survival menggunakan buluh, tempurung, misting dan memasak dengan apa sahaja bahan asas yang dibekalkan seperti penghasilan roti lilit menggunakan ranting pokok dan tepung gandum, ikan keli yang perlu diproses dan dimasak dalam keadaan darurat, telur yang perlu dimasak di dalam tanah, nasi yang perlu dimasak di dalam misting atau tempurung atau buluh, menyediakan air tea menggunakan misting dan buluh, penggunaan bahan alam yg lain dan penggunaan lilin camping serta lain-lain lagi. Para peserta juga diajar cara memasang khemah dan juga mencari arah kiblat menggunakan kompas serta mengambil wuduk mengikut situasi setempat. Para peserta turut diajar cara kerja berkumpulan dan tidak lupa slot kerohanian turut diterapkan dalam aktiviti ini termasuk solat berjemaah. Aktiviti CSR juga diterapkan dengan mengadakan aktiviti mengutip sampah sekitar tempat program. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan kaedah menghadapi keadaan darurat seperti apabila berlaku kemungkinan bencana alam dengan mengajar cara mempersiapkan diri dan kawasan sekitar serta kaedah menyelamatkan diri dan secara kebetulan pada hari program sememangnya hujan di awal dan di akhir program. Walaupun program ini hanya mengambil masa separuh hari sahaja, tetapi pelbagai pengalaman menarik berjaya diperolehi oleh setiap peserta, fasilitator dan jawatankuasa program.
TAHNIAH di atas kejayaan penganjuran ini, singkat tetapi padat.