23 November 2022: Telah berlangsungnya INNOVATION AND TECHNOLOGY EXHIBITION (INOTEX) anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik,PKB di perkarangan JKE. Turut hadir memeriahkan program ini ialah guru-guru serta pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu dan Sekolah Kebangsaan Dabong. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Tuan Haji Rosli Bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu.