26 November 2022: Telah berlangsung Program Komuniti Celik ICT anjuran Kelab Komputer A, JSKK bersama Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PKB. Program telah bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari di GCL2 dan GCL3 PKB.
Program kemasyarakatan yang disertai oleh 21 orang pelajar kelab dan 40 orang murid SRU(A) Al-Ittihadiah, Tanjung Pagar berserta 2 orang guru pengiring adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pengelolaan aktiviti kemasyarakatan di samping dapat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas terutamanya ilmu yang berkaitan Ms Paint, Ms Words dan Ms PowerPoint.
Program ini merupakan program yang sepenuhnya dikendalikan oleh pelajar sambil dibantu oleh 7 orang urusetia pensyarah untuk memantau perjalanan dan keberkesanan program tersebut. Diharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar membentuk keyakinan diri di samping dapat menggunakan ilmu yang diperolehi hari ini untuk kegunaan alam pekerjaan pada masa akan datang.