6 Disember 2022 : Kunjungan hormat ke atas Yang Setia Kolonel (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kelantan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Kota Bharu bertempat di Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Kota Bharu, Jalan Bayam, Kota Bharu. Turut hadir bersama Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Kota Bharu.
Melalui pertemuan ini telah diadakan beberapa perbincangan dan antaranya adalah perbincangan kesinambungan jalinan kerjasama antara kedua – dua agensi dan beberapa program yang boleh diadakan bagi meningkatkan penglibatan PISPA PKB bersama APM Negeri Kelantan.