16 November 2022 : Penganjuran Latihan Evakuasi/Firedrill PKB 2022 kali ini telah mensasarkan tiga lokasi utama iaitu di kawasan Makmal Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan disusuli dengan Jabatan Kejuruteraan Elektrik(JKE), Politeknik Kota Bharu (PKB). Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) PKB selaku penganjur utama program ini telah berkolaborasi dengan kepakaran daripada 4 orang Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Machang dan 2 orang Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Kota Bharu selaku Instructor Program, dengan dibantu oleh 10 orang pelajar PISPA dan 10 orang pelajar RELASIS PKB yang bertindak sebagai Assistant Instructor. Program ini turut melibatkan demonstrasi kaedah memadam api dan taklimat tentang kesedaran terhadap kepentingan menyelamatkan diri apabila berlaku kepakaran serta tindakan yang perlu diambil dalam keadaan kecemasan. YBrs Pengarah PKB, PPjKR (Bersekutu)Hj. Rosli bin Idris dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) PKB turut hadir memberi sokongan dan menyaksikan latihan ini serta sekaligus menyempurnakan Majlis Penutup Latihan dan Penyampaian Cenderahati kepada Instructor Jemputan daripada APM dan RELA. Tahniah PKB ucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur dan juga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.