5 Disember 2022: Telah berlangsungnya AutoCount Computerised Accounting Examination anjuran Jabatan Perdagangan PKB dengan kerjasama Syarikat Auto Count Sdn.Bhd.
Program ini berlangsung selama 2 hari bermula 5 Disember – 6 Disember 2022 di GCL 4 dan GCL 5.
Program ini melibatkan semua pelajar DAT Semester Lima (5) dan DAT Semester Dua (2). Seramai enam orang pensyarah DAT telah terlibat dalam memberi latihan kemahiran kepada para pelajar dan sebagai pengawas peperiksaan. Peperiksaan ini diadakan bertujuan untuk melayakkan pelajar DAT mendapat sijil kemahiran mengendalikan perisian perakaunan berkomputer daripada Auto Count Sdn.Bhd. Sijil ini juga merupakan nilai tambah kepada para pelajar apabila bergraduasi dan memasuki alam pekerjaan kelak.