8 Disember 2021 : YBrs. Tn Haji Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu mewakili institusi PKB menerima Trofi dan Cek daripada Yang Amat Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Negeri Kelantan setelah diumumkan sebagai Naib Johan bagi kategori INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TERBERSIH sempena Majlis Sambutan Hari KelantanKu Bersih 2022. Turut hadir bersama YB. Dr. Izani Bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan.
 
Tahniah diucapkan kepada semua warga PKB di atas kejayaan ini!