11 Januari 2023, Politeknik Kota Bharu - Telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan November dan Disember 2022 di Dewan Al-Ghazali, PKB. Majlis telah dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Politeknik Kota Bharu (PKPKB).
Tuan Haji Rosli Bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah hadir ke majlis ini untuk menyampaikan perutusan dan amanat sempena tahun baru 2023. Turut Hadir bersama, Ir Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Saifuddin Bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit serta staf Politeknik Kota Bharu.
 
Majlis perhimpunan bulanan pada kali ini turut meraikan 3 orang staf PKB yang telah bersara iaitu, Tuan Haji Ahmad Ramzi Bin Awang, pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Puan Azma Binti Salleh dan Puan Hajah Fuziah Binti Awang, Pensyarah dari Jabatan Perdagangan.
Turut diselitkan bersama dalam majlis kali ini iaitu taklimat keselamatan daripada Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP),PKB yang bertajuk Induksi Keselamatan Staf PKB. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Rohazak Bin Yaacob. Majlis telah berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan penyampaian anugerah pekerja contoh bulanan dan anugerah penasihat akademik terbaik.