11 Januari 2023, Politeknik Kota Bharu - JSKK dengan kerjasama ULPL telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Sukan Woodball Siri 1/2023 dengan objektif memperkenalkan sukan woodball kepada warga PKB. Seramai 20 orang peserta telah menyertai bengkel bagi siri kali ini.
JSKK PKB telah merangka pelbagai aktiviti pada tahun 2023 ini bagi menggalakkan warga PKB bersukan, menyahut seruan kerajaan ke arah Sporting Nation.