10 Januari 2023, Politeknik Kota Bharu- Pengarah Politeknik Kota Bharu (PKB), Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (KJSKK) PKB dan barisan Pegawai Bersekutu RELASIS dan PISPA PKB telah menerima kunjungan delegasi Lawatan Penanda Aras Unit Beruniform daripada KJSKK Politeknik Jeli, Kelantan bersama para pegawai Unit Beruniform RELASIS dan PISPA serta Pegawai Sukan institusi tersebut.
Dalam lawatan tersebut, perbincangan dua hala telah dilaksanakan dengan memfokuskan tadbir urus Unit Beruniform di JSKK PKB dan turut membincangkan kesepakatan jalinan kerjasama beberapa program Unit Uniform khususnya. Dengan penerimaan kunjungan lawatan ini, pihak PKB amat berbesar hati dan berharap Unit Beruniform antara kedua-dua politeknik terus gah dan menjadi pilihan pelajar sebagai satu cara membentuk jati diri pelajar yang unggul.