15 Januari 2023 : Telah berlangsung sesi perbincangan kerjasama dua hala antara Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan (RTM) yang dihadiri oleh YBrs. Encik Muhamad Khairunizam bin Abdul Salam (Timbalan Pengarah) bersama Politeknik Kota Bharu yang diwakili oleh YBrs. Encik Mohd Amin bin Abdul Majid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertempat di Pejabat Nasional FM, Kota Bharu. Turut hadir bersama Puan Nadiya Haneem binti Zaminudin, Ketua Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat, PKB.