16 Januari 2023: YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah membuat kunjungan hormat ke atas YBrs. En. Muhd Nor Aswadi bin Md Nor, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik dan Pn. Nadiya Haneem bt Zaminudin, Ketua Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat. Melalui pertemuan ini diadakan perbincangan jalinan kerjasama strategik antara PKB bersama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan. Pada masa yang sama diadakan juga sesi penyerahan Potret Perdana Menteri ke 10 kepada pihak PKB.