17 Januari 2023 : YBrs. Tn. Hj. Rosli bin Idris, Pengarah Politeknik Kota Bharu menerima lawatan daripada Delegasi Jemaah Ulamak’ MAIK yang diketuai oleh Yang Berhormat Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan. Turut hadir Bersama YBrs. Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Saifuddin Bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta pegawai – pegawai kanan PKB. Dalam lawatan ini diadakan perbincangan mengenai Masjid Al Muttaqin yang baru dibina dan tinjauan disekitar masjid.