11 Mac 2023 : Telah berlangsung Kem Taring Perwira pada 9 -11 Mac 2023 bertempat di Campsite Besut, Terengganu yang disertai oleh pelajar kokurikulum Askar Wataniah PKB. Kem ini telah diurus selia oleh Pensyarah Kokurikulum AW2 iaitu Mejar Mohd Azri bin Abdul Ghani dan dibantu oleh En Azli Syam bin Awang (Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKB). Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah teknik Ilmu medan perang, ikhtiar hidup dan gotong – royong.