8 Mac 2023 : YBrs. Sr. Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah merasmikan Program Khidmat Bakti bersama Komuniti Masjid Ahmadiah bertempat di Mukim Bukit Tiu, Machang, Kelantan. Program yang diadakan pada 8 – 9 Mac 2023 ini melibatkan 40 orang pensyarah dan 40 orang pelajar anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PKB. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengikut kepada bidang dalam setiap program yang ada bawah jabatan mekanikal iaitu program kejuruteraan mekanikal memberi khidmat pemasangan awning, program mekanikal mekatronik dalam pendawaian dan pencahayaan, Bidang automotif memberi khidmat servis motosikal percuma kepada jemaah dan penduduk sekitar serta program mekanikal Pertanian memberi keceriaan landskap sekitar masjid. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, YBrs. Hj. Zuhairy bin Zahari dan Pengarah program YBrs. Hj. Azmi bin Yusoff. Program khidmat bakti dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi para pelajar disamping meningkatkan kemahiran dan nilai tambah para pelajar. Program ini juga bertujuan meningkatkan semangat kerjasama dan menjalinkan silaturrahim antara warga PKB dan masyarakat setempat.