12 Mac 2023 - RELASIS PKB telah turut menyumbang bakti bersama 100 orang anggota RELA daripada setiap daerah di Kelantan dalam program ini dibawah anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kelantan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah gotong-royong membersih sekitar Pantai Senok, Kelantan dan juga membaik pulih akar pokok-pokok yang rosak akibat pembakaran kecil terbuka di kawasan tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Kelantan iaitu PPjKR Muhamad Aimran Hakim bin Abdul Alim. Pegawai Bersekutu RELASIS PKB juga turut hadir dalam program ini iaitu Adjutan RELASIS PKB, PgR (Bersekutu) Muzimah Aida Binti Md Mustafa dan juga Pegawai Penilaian RELASIS PKB, PgR (Bersekutu) Mohd.Zulkafli Bin Mohamed. Terima kasih kepada pihak RELA dan PKB di atas peluang yang diberikan kepada pelajar-pelajar RELASIS menimba pengalaman bersama Komuniti.