13 Mac 2023, Kota Bharu : YBrs. Tn. Kamaludin Bin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, JPPKK telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pertandingan Mereka Bentuk Dan Bina Rumah Kos Rendah Satu Tingkat Berasaskan Building Information Modelling (BIM). Telah diadakan sesi penyerahan ‘mock up cheque’ tajaan oleh pihak industri, YBrs. Tn. Haji Azni Shah Bin Sulaiman, Pengarah Blackfox Engineering Sdn. Bhd kepada YBrs. Sr. Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu. Pertandingan ini merupakan satu Inovasi penyelidikan secara kolaborasi di antara Blackfox Engineering Sdn. Bhd., Alumni PKB dan Politeknik Kota Bharu yang merupakan satu item kolaborasi berimpak tinggi bagi PKB dan Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, JPPKK. Pertandingan ini dilaksanakan pada peringkat PKB dengan melibatkan pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Turut hadir bersama dalam majlis ini YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Pengarah – pengarah Kolej Komuniti Kelantan dan pegawai – pegawai kanan PKB.