13 Mac 2023, Kota Bharu : YBrs. Sr. Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu telah menghadiri dan membuat pembentangan bertajuk Peranan JPPKK Dalam Penyediaan Tenaga Kerja Profesion Juruukur dalam Seminar Profesion Juruukur di Malaysia : Diversiti Strategik Juruukur yang telah berlangsung di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan. Turut hadir dalam seminar ini Pengarah – Pengarah Kolej Komuniti Kelantan serta pegawai – pegawai kanan Politeknik Kota Bharu. Seminar ini dianjurkan oleh Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia Cawangan Pantai Timur.