10 Mac 2023, Sedim, Kulim, Kedah: Sekretariat Rakan Muda PKB telah berjaya melaksanakan Program SRM Leadership Training Camp 2023 mulai 10 hingga 13 Mac 2023, yang mana objektif utama adalah untuk pembinaan kumpulan (team building) di kalangan ahli - ahli SRM PKB. Para peserta yang kebanyakannya tidak pernah menyertai kem yang berkonsepkan seperti ini telah menyatakan mereka memperolehi impak yang positif dari kem ini yang mana mereka telah berjaya mengatasi ketakutan mereka sendiri dan membina keyakinan diri yang tinggi.