15 Mac 2023: YBrs. Tn. Muhd Nor Aswadi bin Md. Nor, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Kelantan telah menyempurnakan Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis Rasmi. Kursus yang telah dianjurkan oleh JSKK bersama UKK dan ULPL ini disertai oleh 50 orang peserta daripada warga Politeknik Kota Bharu dan bertempat di Dewan Al- Ghazali. Turut hadir bersama dalam kursus ini YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. En. Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Wan Muhammad Marzudi bin Muhammad, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan, En. Roslan bin Mamat, Ketua Jabatan Pengajian Am, pegawai- pegawai PKB serta pegawai daripada Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan majlis - majlis rasmi khususnya dalam susunan protokol serta mengasah bakat dalam seni pengacaraan majlis.