16 Mac 2023 : Telah berlangsung sesi Taklimat Peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Ibnu Khaldun, Politeknik Kota Bharu yang dihadiri oleh mantan Pengurusan Tertinggi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Sesi taklimat telah dijayakan oleh YBhg. Tan Sri Dr Haili Bin Dolhan, YBhg. Tan Sri Ahmad Phesal Bin Talib, YBhg. Dato Sufaat Bin Tumin, YBhg. Dato Mohd Sani Bin Mistam dan YBhg. Datuk Ts Mohlis Bin Jaafar. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Bharu serta ahli – ahli jawatankuasa Pengurusan PKB.