19 Mac 2023, Kota Bharu: Telah berlangsung Mesyuarat CEO@PolyCC dan Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Politeknik Kota Bharu bagi tahun 2023 bertempat H Elite Design Hotel, Al Waqaf@Tunjung, Kota Bharu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Dato’ Sr Dr. Mohd Mazlan Bin Haji Che Mat, Pengerusi Eksekutif, MCM Associates Sdn Bhd, CEO@PolyCC Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Politeknik Kota Bharu. Turut hadir YBrs. Encik Badli Shah Bin Sulaiman, Pengurus Besar Blackfox Engineering Sdn. Bhd, mewakili Tuan Haji Azni Shah Bin Sulaiman, Pengarah Blackfox Engineering Sdn. Bhd, CEO@PolyCC Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Politeknik Kota Bharu, YBrs. Tuan Haji Azahar Bin Ibrahim Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, YBrs Ir. Roslim Bin Che Ibrahim@Ibrahim Pengarah Ventech Consult, YBrs. Ir Che Sufian Bin Che Hussin Pengarah Brickwell Sdn Bhd, YBrs. Sr Haji Mohd Fikeri Bin Daud Pengurus HMF QS Consult, YBrs. Encik Hasniro Bin Hasbullah Pengerusi Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PKPK), YBrs. Sr Ts. Azhar Bin Yusof Ketua Operasi Vertex Central Industries Sdn. Bhd, YBrs. Puan Aimi Salwani Binti Mohd Yahya Ketua cawangan (Penguatkuasaan) Perkeso Kelantan dan YBrs. Cik Noor Aniza Binti Ismail, Pengurus MNZWAJA (Chartered Accountants) Cawangan Kota Bharu. Ahli mesyuarat pengurusan PKB diketuai oleh YBrs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, YBrs. Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik, YBrs. Encik Saifuddin bin Semail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit dan Ketua-Ketua Program.