21 Mac 2023, Politeknik Kota Bharu : Telah berlangsungnya Bengkel Socialpreneur di Bilik Seminar, ULPL. Bengkel ini diadakan untuk memperkenalkan kepentingan dan kebaikan perniagaan berbentuk ‘Social Entrepreneur’ kepada para pelajar, impak perniagaan social entrepreneur kepada masyarakat dan alam sekitar serta membantu pelajar dalam menyertai pertandingan Young SocialPreneur Programme 3.0 2023 (YS2P3.0) yang bertemakan “Entrepreneurship for Sustainable Lifestyle. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin bin Yusoff dan Dr. Wan Farha binti Wan Zulkiffli, Pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan.